Ahad, 19 Ogos 2007

0

Penternakan Ikan Kelah

Ikan kelah ialah salah satu spesis ikan air tawar yang diancam kepupusan masa kini. Ini kerana pemintaan kepada pasaran ikan Kelah terlalu tinggi kerana isinya yang sedap apabila dimasak lemak dan dibakar. Ikan Kelah agak sukar diternak kerana ia sangat 'cerewet'. Pembiakan ikan Kelah seharusnya dipelihara di habitat asalnya iaitu di hulu sungai. Kini, KETENGAH telah berusaha untuk membiak ikan Kelah dihabitatnya di Tasik Kenyir, Pahang, Malaysia.


0

Tanaman Strawberi dan epal hijau di Cameron Highland

Anda suka makan epal hijau? Epal hijau amat berkhasiat terutama kepada pesakit Diabetes Melitus (Kencing Manis). Selalunya, buah epal hijau diimport dari luar negara. Kini terdapat usaha di Cameron Highland untuk menanam Epal Hijau (Green Apple) di Malaysia. Ikuti kisahnya...


0

Tanaman Sayur dalam Kelambu

Penggunaan racun perosak dalam tanaman sayur oleh petani di Malaysia sudah menjadi satu kebiasaaan. Tetapi, sebuah kebun sayur di Muar Johor telah meneroka satu kaedah penanaman sayur yang tidak menggunakan racun kimia untuk menghalang serangga perosak.

Petani tersebuk menggunakan kelambu untuk melindungi tanamannya dari serangan serangga perosak. Ikuti kaedahnya.


Sabtu, 11 Ogos 2007

0

Belacan Kurung Tengar

Laut merupakan sumber pendapatan masyarakat di Kuala Perlis selain bidang pertanian. Kali ini kia akan bercakap pasal belacan. Sebelum ini, kita sering dengar pasal Belacan Penang dan Belacan Melaka sahaja. Kali ini anda akan diperkenalkan pula dengan belacan Kuala Perlis.

Antara pengusaha belacan di Perlis ialah Abu Hasan Bin Yeop atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Chan. Beliau mengusahakan pembuatan belacan secara kecil - kecilan kerana beliau merasakan kurangnya pembabitan dari orang Melayu.

Ikuti cara pembuatan belacan Kurung Tengar milik Pak Chan dari Perlis.


Rabu, 1 Ogos 2007

0

Pembuatan aiskrim dari air nira nipah

Ramai antara kita memang meminati aiskrim terutama musim panas. Sebelum kita mengenali banyak produk aiskrim dari syarikat luar negara di Malaysia. Kini dengan usaha sekumpulan siswazah di Terengganu, mereka telah berkaya mencipta aiskrim dari air nira nipah.

Secara umumnya, Pokok Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan negara-negara ASEAN. Nama botaninya Nypa fruticans. Pokok Nipah merupakan satu-satunya pokok palma yang juga dikira sebagai pokok bakau, dan satu-satunya spesies dalam genus Nypa. Pokok Nipah juga boleh dijumpai di kawasan-kawasan lain di selatan Asia dan utara Australia.

Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah. Selain itu, daunnya juga digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami. Air nira boleh disejukkan untuk dibuat gula. Selain itu, ia juga digunakan sebagai alternatif kepada madu lebah sebagai bahan pemanis.

Ikuti kisah pembuatan aiskrim dari air nira pokok nipah di Terengganu.