Ahad, 19 Ogos 2007

0

Penternakan Ikan Kelah

Ikan kelah ialah salah satu spesis ikan air tawar yang diancam kepupusan masa kini. Ini kerana pemintaan kepada pasaran ikan Kelah terlalu tinggi kerana isinya yang sedap apabila dimasak lemak dan dibakar. Ikan Kelah agak sukar diternak kerana ia sangat 'cerewet'. Pembiakan ikan Kelah seharusnya dipelihara di habitat asalnya iaitu di hulu sungai. Kini, KETENGAH telah berusaha untuk membiak ikan Kelah dihabitatnya di Tasik Kenyir, Pahang, Malaysia.


0

Tanaman Strawberi dan epal hijau di Cameron Highland

Anda suka makan epal hijau? Epal hijau amat berkhasiat terutama kepada pesakit Diabetes Melitus (Kencing Manis). Selalunya, buah epal hijau diimport dari luar negara. Kini terdapat usaha di Cameron Highland untuk menanam Epal Hijau (Green Apple) di Malaysia. Ikuti kisahnya...


0

Tanaman Sayur dalam Kelambu

Penggunaan racun perosak dalam tanaman sayur oleh petani di Malaysia sudah menjadi satu kebiasaaan. Tetapi, sebuah kebun sayur di Muar Johor telah meneroka satu kaedah penanaman sayur yang tidak menggunakan racun kimia untuk menghalang serangga perosak.

Petani tersebuk menggunakan kelambu untuk melindungi tanamannya dari serangan serangga perosak. Ikuti kaedahnya.


Sabtu, 11 Ogos 2007

0

Belacan Kurung Tengar

Laut merupakan sumber pendapatan masyarakat di Kuala Perlis selain bidang pertanian. Kali ini kia akan bercakap pasal belacan. Sebelum ini, kita sering dengar pasal Belacan Penang dan Belacan Melaka sahaja. Kali ini anda akan diperkenalkan pula dengan belacan Kuala Perlis.

Antara pengusaha belacan di Perlis ialah Abu Hasan Bin Yeop atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Chan. Beliau mengusahakan pembuatan belacan secara kecil - kecilan kerana beliau merasakan kurangnya pembabitan dari orang Melayu.

Ikuti cara pembuatan belacan Kurung Tengar milik Pak Chan dari Perlis.


Rabu, 1 Ogos 2007

0

Pembuatan aiskrim dari air nira nipah

Ramai antara kita memang meminati aiskrim terutama musim panas. Sebelum kita mengenali banyak produk aiskrim dari syarikat luar negara di Malaysia. Kini dengan usaha sekumpulan siswazah di Terengganu, mereka telah berkaya mencipta aiskrim dari air nira nipah.

Secara umumnya, Pokok Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan negara-negara ASEAN. Nama botaninya Nypa fruticans. Pokok Nipah merupakan satu-satunya pokok palma yang juga dikira sebagai pokok bakau, dan satu-satunya spesies dalam genus Nypa. Pokok Nipah juga boleh dijumpai di kawasan-kawasan lain di selatan Asia dan utara Australia.

Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah. Selain itu, daunnya juga digunakan dalam seni anyam-menganyam bakul dan jerami. Air nira boleh disejukkan untuk dibuat gula. Selain itu, ia juga digunakan sebagai alternatif kepada madu lebah sebagai bahan pemanis.

Ikuti kisah pembuatan aiskrim dari air nira pokok nipah di Terengganu.

Ahad, 29 Julai 2007

0

Kaedah Rawatan Air untuk Ikan Air Payau

Kebelakangan ini, kita sering dihujani dengan isu - isu yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Keadaan ini semakin serius dari masa ke masa. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan sumber - sumber penting dalam kehidupan manusia dan alam sekeliling turut terjejas. Salah satu sumber alam yang sering diperkatakan adalah air.

Air merupakan suatu sumber semula jadi yang paling penting. Berbeza dengan bahan mentah lain, tiada bahan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan fungsi air. Air merupakan sumber yang terpenting untuk minuman, sistem kesihatan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan dan kegiatan lain. Namun yang demikian, pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air. Umumnya kauliti air bersih terganggu disebabkan pencemaran yang berlaku ke atas sumber air. Jadi, ia perlu dirawat terlebih dahulu. Ikuti kisah rawatan air di Pusat Rawatan Air Payau di Gelang Patah, Johor.


0

Tanaman Anggur di Malaysia

Sebelum ini, anggur (nama saintifknya : Vitis Vinifera) di Malaysia sering diimport dari luar negara seperti Australia. Namun kini, terdapat usaha untuk menanam anggur di Malaysia kerana kecanggihan bio teknologi di sini.

Kualiti buah anggur yang dihasilkan setandingkan dengan kualiti buah yang diimport dari luar negara. Kini, penanamannya berjaya menarik pengusaha ladang tempatan.


Jumaat, 20 Julai 2007

0

Lembu Daging 'klon' Bali

Lembu adalah haiwan herbivor yang berkaki empat yang sangat 'diminati' terutama ketika musim raya (sama ada musim raya puasa atau raya korban). Antara spesis lembu yang besar dan banyak daging ialah lembu 'klon' bali.

Lembu Bali (bos javanicus) dipercayai berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Di bahagian kakinya, kelihatan seolah - olah ia memakai stoking dan lembu betina mempunyai satu garis berwarna hitam di tengah belakangnya (bahagian atasnya) untuk membezakan dengan lembu jantan. Bentuk badan serta fenotaipnya yang tersendiri merupakan satu tarikan untuk dipelihara untuk tujuan liburan dan tarikan pelawat. Lembu jenis ini sangat tahan lasak.



Mempunyai nisbah pengeluaran daging (dressing percentage) yang tinggi sekitar 45% serta kadar kesuburan (fertiliti) yang baik dengan kadar kebuntingan yang tinggi. Lembu jenis ini mempunyai berat purata dewasa lebih kurang seberat 400 - 450 kg (jantan) dan sekitar 350-400 kg (betina). Namun begitu, Satu-satunya kelemahan yang ada pada lembu bali untuk tujuan penternakan adalah sifat semulajadinya yang agak liar.

Jumaat, 13 Julai 2007

0

Pembiakan Ratu Lebah dan Madu


Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah di dunia, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.

Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.


Pembahagian Tugas

Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu:

* lebah ratu; lebah betina yang boleh bertelur dan merupakan ketua dalam hivenya.
* lebah pekerja; lebah betina tidak boleh bertelur; dan
* lebah jantan.

Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.

Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.

Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit.

Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.



Kitar Hidup

Kitar hidup lebah boleh dibahagikan kepada empat peringkat:

1. telur;
2. larva;
3. pupa;
4. lebah dewasa. (terbahagi kepada 3 kasta utama, Ratu (lebah betina produktif), Raja (lebah jantan) dan lebah pekerja (lebah betina tidak produktif)

Telur yang menetas akan menjadi larva. Pada peringkat ini, lebah pekerja akan memberi larva makan debunga dan nektar. Nektar yang dikumpul oleh lebah pekerja sebahagiannya disimpan sebagai madu. Setelah beberapa hari, larva bertukar kepada pupa dan seterusnya menjadi anak lebah.

Dan Allah S.W.T mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)

Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimal dengan menggunakan material yang paling sedikit. Para ahli matematika merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat. Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antar lebah yang sulit untuk dipercayai. Setelah menemui sumber makanan, lebah pemadu yang bertugas mencari bunga untuk pembuatan madu terbang lurus ke sarangnya. Ia memberitahukan kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus. Setelah memperhatikan dengan seksama isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemukannya tanpa kesulitan.

Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membangun sarang. Mereka memulai membangun sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeda, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah. Setelah pekerjaan usai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun tambal sulam pada sel-sel tersebut. Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometris yang rumit; akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui “ilham” dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.

Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka butuhkan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perhitungan secara terinci ini memproduksi madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang mengandung “ubat bagi manusia” tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam Al-Qur'an:

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16: 69)

Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang mungil ini?

Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Sebagaimana firman Allah, madu adalah “ubat yang menyembuhkan bagi manusia”. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, (royal jelly), serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati pelbagai penyakit. Seorang doktor asal Rumania mengatakan bahawa, dia tekah mencuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pesakitnya telah sembuh sama sekali. Para doktor asal Polandia juga mengatakan bahawa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lainnya.

Madu lebah juga boleh dikelaskan dalam 4 kelas iaitu :
  • Madu yang mempunyai khasiat tinggi - Madu Musim Bunga
  • Madu kelas kedua - Madu Musim Panas.
  • Madu kelas ketiga - Madu Musim Luruh
  • Madu kurang berkualiti - Madu Musim Sejuk.
PROMOSI : Jika anda nak dapatkan madu Iran pada harga berpatutan, anda boleh layari laman Dunia Produk Herba HPA atau memesan melalui Team HPA2U.